Friday 15 November 2013

Parameswara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parameswara

Sultan Melaka Pertama, Raja Temasek ke 4
Retrato de Parameswara.jpgFail:Salasilah Parameswara.png


Tokoh -tokoh Kesultanan Melayu Melaka

Tokoh - Tokoh Pada Zaman

Kesultanan Melayu

KESULTANAN MELAKA
Tempoh
Sultan

1400 – 1414

Parameswara

1414 – 1424

Sultan Iskandar Shah
1424 – 1444
Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445
Sultan Abu Syahid
1445 – 1459
Sultan Muzaffar Shah
1459 – 1477
Sultan Mansor Shah
1477 – 1488
Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 – 1511
Sultan Mahmud Shah

Kerajaan-kerajaan Melayu Awal

Kerajaan awal

1. Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)

 Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.


Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.



Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas.



Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.

Zaman Pra Sejarah Malaysia



Menerokai zaman ais purba


Kanak-kanak Tabika Kemas terpegun melihat replika makhluk yang telah pupus pada pameran Pengalaman Zaman Ais di Pusat Sains Negara, Gunung Keriang, Kedah. – UTUSAN/Halim Khalid


ALOR SETAR 14 Julai – Pameran yang ditunggu-tunggu ramai. Barangkali itu boleh digambarkan tentang pameran Pengalaman Zaman Ais yang berlangsung di Pusat Sains Negara cawangan Wilayah Utara di sini sejak 5 Jun lalu dan dijangka berakhir 30 November ini.
Lebih menarik apabila pameran yang julung kali diadakan itu membolehkan pengunjung terutama di kalangan pelajar dan kanak-kanak mengembara jauh sehingga ke alam sejuta tahun dahulu.
Pameran ini turut memukau pengunjung apabila mereka berpeluang bertemu haiwan purba termasuk dinosaur, gajah mamot dan hidupan marin zaman purba yang ‘dihidupkan’ kembali melalui penggunaan teknologi animatronik.

Mari Belajar Sejarah


  • Pendidikan sejarah memerlukan tafsiran yang baru supaya pemahaman yang mapan boleh dibentuk. Ramai dikalangan kita terutamanya generasi muda bukan sahaja buta akan sejarah negara bahkan memandang enteng keupayaan sejarah itu sendiri. Pendidikan sejarah sudah tidak lagi bermaya untuk meniupkan semangat patriotisme sebaliknya hanya menjadi mata pelajaran yang wajib lulus di sekolah-sekolah dan memerlukan nafas dan tafsiran yang baru serta memerlukan proses internalisasi yang tinggi bagi menggarap kepentingan sejarah itu sendiri dalam kehidupan kita supaya sejarah negara kekal relevan dan ampuh sepanjang masa.

    Buat generasi muda pelajarilah sejarah dan hargailah kemerdekaan negara kerana anda semua adalah adiwangsa pada masa akan datang. Kamu semua merupakan benteng kepada negara yang berdaulat. Ingatlah kata-kata hikmah Dato Onn Jaafar: 'Bercakap tentang kemerdekaan terlalu sahaja mudah tetapi hendak kemerdekaan itu kekal ditangan kita adalah perkara yang berat dan susah'

Taklimat Program Kolaboratif Institut Pendidikan Guru Bersama Sekolah Terpilih




Tanggal 15 November 2013, bertempat di Bilik Mesyuarat SK Bukit Beruntung 2. Warga SKBB2 telah dikunjungi oleh 3 orang pensyarah. Taklimat Program Kolaboratif Institut Pendidikan Guru dari Kampus Pendidikan Islam, Bangi bersama Sekolah Terpilih merupakan tujuan kunjungan berkenaan disambut baik oleh pentadbir SKBB2.

Individu pensyarah yang bertanggungjawab memberikan taklimat berkenaan ialah Puan Khairul Bariah binti Harun, Encik Mohd Fazil bin Musa dan En. Maamur.