Friday 15 November 2013

Mari Belajar Sejarah


  • Pendidikan sejarah memerlukan tafsiran yang baru supaya pemahaman yang mapan boleh dibentuk. Ramai dikalangan kita terutamanya generasi muda bukan sahaja buta akan sejarah negara bahkan memandang enteng keupayaan sejarah itu sendiri. Pendidikan sejarah sudah tidak lagi bermaya untuk meniupkan semangat patriotisme sebaliknya hanya menjadi mata pelajaran yang wajib lulus di sekolah-sekolah dan memerlukan nafas dan tafsiran yang baru serta memerlukan proses internalisasi yang tinggi bagi menggarap kepentingan sejarah itu sendiri dalam kehidupan kita supaya sejarah negara kekal relevan dan ampuh sepanjang masa.

    Buat generasi muda pelajarilah sejarah dan hargailah kemerdekaan negara kerana anda semua adalah adiwangsa pada masa akan datang. Kamu semua merupakan benteng kepada negara yang berdaulat. Ingatlah kata-kata hikmah Dato Onn Jaafar: 'Bercakap tentang kemerdekaan terlalu sahaja mudah tetapi hendak kemerdekaan itu kekal ditangan kita adalah perkara yang berat dan susah'

    • Mohd Hanapiah Khamis Betul saya setuju100%
    • Shikien Ali I love u la dato hihihi
    • Azhar Aris Sejarah itu penting
      Saya setuju
    • Cikgu Rahmat Satu pendekatan terbaik dalam kaedah pengajaran Sejarah perlu diamalkan di semua peringkat pendidikan agar pengajaran sejarah tidak membosankan sebaliknya menyeronokkan melalui kaedah didik hibur.  Harus diingat bahawa sejarah bukan semata-mata menghafal fakta dan memuntahkannya kembali di atas kertas peperiksaan semata-mata kerana sejarah adalah berkait rapat tentang penghayatan nilai dan "roh" negara bangsa.
    • Mohd Eddy Saya pun setuju dgn datuk seri.generasi skrg kena ambik tahu sejarah malaysia dgn lebih mdalam
    • Nonie Mak Dara Pengetahuan ilmu sejarah amat2 penting...
    • Rohana Hashim Saya setuju...
    • Belimbingkecut Lazat Cara mempelajari sjarah itu y silap....
    • Cahaya Keutamaan setuju sgt2 Datuk Seri...
    • Mohd Hidayat Untuk membunuh pokok racunlah akarnya, utk membunuh bangsa hapuskanlah sejarahnya...quot dr seorang sejarawan
    • Eddie Harith Kenapa ramai bayi Cina diserahkan kepada keluarga Melayu untuk dibesarkan di antara tahun 1942-1945? Tiada percatatan tersebut di dalam sejarah kekejaman Jepun di Malaya yang boleh dijadikan bahan rujukan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat malaya yang kekal sehingga kini.. Salam 1Malaysia.. Dulu,Kini, Selamanya Tanah Melayu..
    • Mohd Khairul Mohd Muztaza Bunga Raya Bunga Kebangsaan, Merah Menyala Indah Menawan, 31 Ogos Hari Kemerdekaan, Mari Kita Jaga Kedaulatan
    • Dangwangi Hangjebat Setiap pelajar harus menjiwai sejarah supaya tidak lupa asal usul dan akan mempunyai jiwa kecintaan kepada negara, bangsa Malaysia, agama, keluarga dan diri
    • Aidir Yatim Mari kita hayati sejarah tamadun islam juga kemerdekaan negara, elakkn fitnah yg berleluasa
    • Mariam Ibrahim Memang patut pun..zmn kita sekolah dulu ada belajar Sejarah Tanah Melayu..
    • Perdagang Bersatu Johore Wajib....sifat jati diri budaya negara....
    • Sahrom Md Amin Aspek p&p sejarah perlukan kaedah penyampaian yang berkesan bukan penggunaan ict dan buku semata
    • Ab Jalil Baharan Setakat mempelajari tak cukup.Ia perlu dihayati barulah semangat patriotik dapat disemai. Selagi wujud sekolah jenis kebangsaan selagi itulah intergerasi nasional dan semangat patriotik tidak akan tercapai dikalangan semua kaum.Malah kini mereka yang berkenaan cuba merubah dan melupakan sejarah.
    • Belanak Kapang pemimpin adalah pencipta sejarah...rakyat adalah pengubah sejarah...moga mb johor skarang mencipta sejarah kebangikatan bangsa melayu mampu memiliki rumah di bandar2 besar seluruh johor..tidak meningalkan sejarah hitam..menjadi sejarah felda cahaya baru....sejarah iskandar malaysia...sejarah danga bay...nusajaya ..gelangpatah..dan sejarah singapura yg sudah di lupai...saya setuju 200% en jalil...
    • Muhamad Fuad Pusat dokumentasi yayasan warisan johor di Jalan Mariamah menyediakan pelbagai dokumen dan maklumat sejarah dan warisan Johor. Sesiapa yang berminat boleh datang dan terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma.
    • Shake Smile Maka kita mengharapkan pemimpin yang tahu cakap mengenai sejarah mempraktikkannya untuk keberkesanan memimpin.Jangan hanya tahu meminta genarasi muda menghayati sejarah walhal sebaliknya bagi pihak pemimpin.
    • Ab Jalil Baharan Adalah lebih baik pemimpin2 UMNO sekarang khasnya mempelajari dan menghayati sejarah pemimpin2 terdahulu sebelum merdeka dan selepas merdeka dari era tunku abdul rahman hingga tun hussein onn .... yang mana ketika itu mereka sanggup berkorban masa dan ...See More
    • Mohd Yazid Bin Tumin 100% setuju dgn dato'......
    • Norhayati Tumpang Generasi muda Malaysia seharusnya mengenal erti kemerdek aan. Sekolah-sekolah sepatutnya menerangkan lebih mendalam sejarah-sejarah yang lalu telah berlaku diMalaysia kepada pelajar-pelajar, serta tubuhkan kelab sejarah . Lawatan ketempat bersejarah ad...See More
    • Mat Malaya Assalamualaikum..arwah datuk saya adalah pengasas@setiausaha kepada pertubuhan melayu semenanjung,johor kg sri bengkal,kg parit ismail,cawangan tongkang pecah,baru pahat.
    • Mat Malaya Manuskrip asal tulisan tangan masih disimpan oleh sepupu sy bertarikh23.3.1946dan 28.2.1946.datuk sy berjuang tanpa memikirkan soal mengumpul harta.cuma punya 2 anak.ibu saya yg masih hidup dan adik lelakinya dah arwah.cucu seramai 18orang.tapi perjuangan arwah datuk seperti dilupakan.tak tau lah kat mana silapnya.beliau berjuang hingga ke istana bersama onn jaafar semasa penubuhan UMNO...HARAP KAJI SEJARAHNYA..
    • Ismail Sagil bila pembelajaran sejaran dimansohkan tanpa mengambil kira permasaalahan kebelakang hari gitula jadinya,, bukan mudah utk memulakan kembali...
    • Pbt Masudin betul.......
    • Hadri Zainal orang buta sejarah akan menjadi orang yang akan sentiasa melakukan kesilapan yang terdahulu
    • Noor Aimran Samsudin Belajar sejarah di lapangan (site) lebih seronok dari mendengar kuliah di kelas atau membaca berjam-jam di perpustakaan.
    • Raimah Othman Penghayatan dalam mengenali "Sejarah" penting bg menjadikan jati diri seseorang pelajar agar menyintai negaranya seperti zaman kami sekolah dahulu.Guru2 dn ibu bapa harus bergabung dlm memainakan pernanan agar anak2 kenal "Sejarah Malaysia", dan tiada kurang ajar tetapi sayangkan negaranya sesungguh hati.
    • Hitam Pedu Sejarah sekarang/baru komunis pejuang Tanah Melayu. Sejarah apa tu?
    • Nazrul Hisham Sejarah penting...bdk skrg moktar dahari pon x knl apatah lg...pahlawan melayu...
    • Hj Mohd Hood ... Yang paling menjijikan ialah tangan2 ghaib yg mengubah fakta-fakta 'sejarah sebenar'nya utk. kepentingan politik sendiri - contohnya, insan yg. bertanggung jawab membuka Temasik (Singapura); 'Parameswara atau Stanford Reffels'? dan banyak lagi... amat menyedihkan!!!
    • Zauwiah Hassan Zaman persekolahan tahun 60an membentuk jadi diri muridnya cinta tanah air melalui sunjek sejarah. Kita belajar sejarah pembentukan Malaysia, menghafal nama2 menteri2, sejarah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sejarah pahlawan/wira tanah air. Banyak y...See More
    • Saiddjb Aid banyak sejarah tentang kehebatan bangsa melayu telah d gelapankan adalah menjadi setiap indivdu utk mencari sejarah tentang bangsanya dan haknya di tanah bertuah tanah melayu nusantara ini.....dan menjadi ibu dan bapa utk menceritkan dan meningatkan pada anaknya tentang ini.......reset minda yg telah lama di racun n di berikan ubat tido hingga hanya melihat tampa berbuat apa2.....
    • Suzainah Rahmat Ucu James mungkin cara guru Sejarah sekrg mengajar lebih menghafal , bukan menjiwai & menghargai
    • Salim Manz Sejarah juga mengajar kita supaya menjadi lebih dewasa...
    • Cindarella Qute Ape hukuman yg boley kita berikan kpd pelajar atau rakyat yg x hafal lagu negaraku dan lagu negeri? Nk suh plajar nyanyi buka mulut kt perhimpunan pon susah..nk jentik nnt cikgu dan sek kne saman pulak
    • ZaharSyidah Kmy ye betul, format buku sejarah di sekolah perlu di semak semula...tidak dapat diserap ke dalam jiwa oleh pelajar..
    • Amirul Faizal saya dulu bila blajar sejarah naik semangat coz ingin sama berjuang di zaman yg di pelajari.. tapi org skang saya tengok anggap sejarah ni direka.. tidak kah mereka sedar sejarah yg dipelajari adalah kisah susah senang datuk moyang kita dahulu.. dari d...See More
    • Izan Ibrahim Betul tu Datuk seri..tanpa sejarah kita ibarat hidup tanpa temadun...sejarah membawa kita menjadi seorang yg sentiasa bersyukur dan berterima kasih...
    • Izran Kamal "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
    • Haryatun Harun Sejarah bukan saja patut dihayati oleh anak2 kita. Sbg ibubapa dan masyarakat,sbnrny menjadi tggjwb kita untuk bercerita ttg sejarah kepada anak2 kita. Contohnya apabila kita bercuti ke mana2, kita boleh bercerita ttg sejarah sesuatu tempat yg kita law...See More

No comments:

Post a Comment