Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parameswara
Sultan Melaka Pertama, Raja Temasek ke 4
Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya
di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah
melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila
Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya,
Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus
memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari
Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama
Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang
Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atasPalembang,
Bintan dan Temasek.[3]
Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya,
Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira
Kerma (1386 - 1399).[4]
Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki
takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara.
Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura
selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot,
Sang Rajuna Tapa.[5]
Mendirikan Kesultanan Melaka[sunting | sunting sumber]
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk
mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan
negeri barunya samada di Biawak Busukatau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah
mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan
perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di
Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan
di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan
ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah
Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika
baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda
"tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya
sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.[6][7]
Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan
menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan
Islam kerana pedagang dari Gujerat , Indiadan pedagang Arab dari Timur Tengah
ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu, Parameswara
berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah
II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414. Baginda Parameswara kemudian
memakai gelaran Raja Iskandar Shah.
Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan bahawa
Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama. Kajian telah
menunjukkan [nyatakan menurut siapa?] bahawa kedua-dua nama itu adalah dua
tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah
mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk
Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari
Sumatera. [1]
Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan
yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai
bangsa berhimpun.
Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka
semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang beragama
Islam. Nama asal Cheng Ho ialah Ma He. Ma bermaksud Mahmud. Ketika itu China
ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1446- 1459 M) .Tenteranya berjaya menyekat
serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi tenang dan
kedudukan politiknya pula stabil..
No comments:
Post a Comment