Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal, agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran rendah.
Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.
Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pehajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.
Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik denganmemberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta -fakta sejarah secara matang.
Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih di kekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.
Kandungan mata pelajaran Sejarah di susun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara kedaulatan negara dan kemakmuran Negara. Pendekatan ini di susun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktiviti tersebut mengaplikasikan elemen didik hibur bagi menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warga negara Malaysia.

No comments:
Post a Comment