Pengenalan

Nama Program:
·         Program Pembangunan Bitara Sekolah (PEBITA)

Anjuran:
·         Sekolah terpilih:

1. SK Bukit Beruntung 2
      (kategori sekolah baru dan luar bandar)
     
2. SK Taman Seri Rampai
      (kategori sekolah lama di bandar)

-       Menyediakan pelajar, prasarana dan dana.
3.    IPG Kampus Pendidikan Islam: Jabatan Sains Sosial
-       Menyediakan pensyarah, merancang program, tenaga mahir dan kepakaran.
Matlamat:
·         Membangun dan membina kebitaraan sekolah sehingga mencapai kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Objektif:
Pada akhir program;
-       Murid akan dapat:
o   Memperkembangkan idea dan kreativiti.

-       Guru akan dapat:
o   Meningkatkan pembangunan diri dalam profesion keguruan.

-       Sekolah akan dapat:
o   Mencapai kecemerlangan di peringkat yang tertinggi.

-       Komuniti akan dapat:
o   Turut sama menyumbangkan sarana sebagai ibu bapa.

Kumpulan sasaran:
-       Murid pendidikan khas, tahun satu hingga tahun 5 pada tahun 2014.

Jangka masa pelaksanaan:
-       1 hingga 3 tahun mengikut peringkat kitaran.

Cara pelaksanaan:
-       Mengikut pelan pelaksanaan yang dirangka mengikut tahun.
1.    Tahun pertama – pelan pembangunan program
2.    Tahun kedua – pelan penambahbaikan program
3.    Tahun ketiga – pelan kecemerlangan program

Fokus program:
1.    Akademik: mata pelajaran sejarah dan pembangunan satelit sejarah.
2.    Kokurikulum: Kompang, ensembel muzik dan improvisasi.
3.    Membentuk hubungan antarabangsa melalui aktiviti silang budaya,
4.    Pembentangan kajian dan penyelidikan dan pameran bahan sejarah.

No comments:

Post a Comment